Followers

03 December 2010

Mengapa Imam Memegang Tongkat Ketika Khutbah Jumaat?




alolololo...comel nye budak nih...siap ada bling bling atas kepala lagi..wow !!



assalammualikum....jawap jangan tak jawap...tak jawap dosa...kalau jawap sayang...hekhekhek..(tuh ayat kalau nak bagi salam kat awek masa time aku budak-budak hingusan ..hekhek)



kepada abang-abang ensem sekelian...tadi korang pergi sembahyang jumaat tidak??..pergi??..bagoz bagoz...jangan tetiba time jumaat je uzur...jumaat jer uzur..macam tak de hari lain pulak nak main uzur-uzur...ye laa..aku lelaki jugak..aku paham..hekhekhek..



korang ada dengar khutbah jumaat tak tadi??....yee laa..aku nak jugak tanya..mana la taw...korang nih bukan boleh pakai..time khutbah jumaat la sibuk nak beli rojak ..beli minyak wangi yang jual kat depan masjid tuh laa...berborak bergosip dengan rukun tertangga laa...macam aku tak kenal korang tuh...kan kan...



kalau korang ada dengar khutbah jumaat tadi..korang ada nampak tak yang pak imam tuh pegang satu tongkat masa dia dok bagi khutbah??...ada kan..ada kan....




haa...macam tuh rupa tongkat pak imam....


korang tahu apa gunanya tongkat tuh??...untuk ketuk kepala korang??..haa..salah salah..bukan itu kegunaan nya...aku pun tertanya-tanya juga...apakehal pak imam pegang tongkat masa nak khutbah??...mesti ada sebab...kalau tak de sebab..tak kan dorang nak pegang kan...soo aku pun gali la untuk dapat jawapan..gali punya gali..last-last aku jumpa...soo aku nak berkongsi la dengan korang..ilmu perlu di kongsi..baru di berkati..insya'allah....hekhekehk....




Mengapa Imam Memegang Tongkat Ketika Khutbah Jumaat



ok..nih jawapan yang aku dapat....


first,
Imam Syafi'i RA: Telah sampai kepada kami (berita) bahawa ketika Rasulullah saw berkhuthbah, beliau berpegang pada tongkat. Ada yang mengatakan, beliau berkhutbah dengan memegang tongkat pendek dan anak panah. Semua benda-benda itu dijadikan tempat bertumpu (pegangan). Ar-Rabi' mengabarkan dari Imam Syafi'i dari Ibrahim, dari Laits dari 'Atha', bahwa Rasulullah SAW jika berkhutbah memegang tongkat pendeknya untuk dijadikan pegangan". (al-Umm, juz I, hal 272)



2nd,
Dari Syu'aib bin Zuraidj at-Tha'ifi ia berkata ''Kami menghadiri solat jumaat pada suatu tempat bersama Rasulullah SAW. Maka Beliau berdiri berpegangan pada sebuah tongkat atau busur". (Sunan Abi Dawud hal. 824).



3rd,
Nabi Muhammad SAW memegang anak panah ketika memberi khutbah perang...dan memegang tongkat dengan tangan kirinya ketika memberikan khutbah jumaat.



4th,
Apabila muadzin telah selesai (azan), maka khatib (imam) berdiri menghadap jemaah dengan wajahnya. Tidak boleh menoleh ke kanan dan ke kiri. Dan kedua tangannya memegang pedang yang ditegakkan atau tongkat pendek serta (tangan yang satunya memegang) mimbar. Supaya dia tidak mempermainkan kedua tangannya. (Kalau tidak begitu) atau dia menyatukan tangan yang satu dengan yang lain". (Ihya' 'Ulum al-Din, juz I, hal 180)





kesimpulannya kat sini....hukum bagi memegang tongkat tidak la wajib..tapi sunat...kerana Nabi Muhammad SAW memegang  tongkat ketika berkhutbah...sebab lain pula..supaya pak imam tidak mengerakkan tangannya macam berpidato...kalau korang tengok orang berpidato..kan tangan dorang bergerak-gerak dan beremosi...soo ikhmah disebalik pegang tongkat adalah untuk mengikat hati agar lebih tertib ketika memberi khutbah...


Allahualam...


Assalammualikum...  ^.^

6 comments:

Emma Zaraa said...

ko kalau buat post msti nk ade unsur2 lawak kn...

CiPoT CeDoT said...

celah mana plak lawak??..aku ngah serioz nih.... -.- <- muka serioz

Adam Raqie said...

owh.. cenggitu erk.. ingatkan tongkat tu untuk menaikkn ghairah imam berkhutbah.. siap hentak2 lantai tanda semangat berkhutbah.. ekekeke..


++++++++++++++++++++++++
=== Jemput Datang Blog ===
====== Asrol Mania ======
++++++++++++++++++++++++

CiPoT CeDoT said...

ada jugak hukum hentakkan kaki/tongkat di mimbar..tapi aku xdapat hukum yang sahih lagi..hoho...

kakmie said...

bagus...cari lagi banyak-banyak citer cam ni untuk dikongsi bersama sebab hang memang rajin...lagipon dapat pahala yang berpanjangan dari ilmu yang boleh dimanfaatkan!

CiPoT CeDoT said...

jgn ckp mcm tuh..malu~....hekhek...

KriTikan PeDas

Grab This