Followers

20 November 2010

Hecker Hebat Made In Malaysia

NEW YORK 19 Nov. - Seorang penjenayah siber dari Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan mencuri hampir setengah juta nombor kad kredit dan debit, kata pejabat pendakwaraya di sini.

Lin Mun Poo, seorang rakyat Malaysia, ditahan pada 21 Oktober lalu sebaik sahaja tiba di AS dan didakwa semalam, kata pejabat peguam AS di Brooklyn.

Dia didakwa menggodam rangkaian komputer sebuah cawangan Rizab Persekutuan di Cleveland, Ohio; bank pusat AS, dan dalam secara berasingan turut mencuri hampir 400,000 nombor kad dan menceroboh beberapa sistem pertahanannya yang lain.

Mun Poo, yang kini ditahan dalam tahanan praperbicaraan dikatakan terlibat dengan penjualan maklumat dengan menggodam pelayan komputer milik institusi kewangan, kontraktor pertahanan dan syarikat besar, kata pejabat peguam AS.

Perkhidmatan Perisikan AS menangkap lelaki berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di sini.

"Ejen Perkhidmatan Perisikan merampas komputer riba milik lelaki itu yang mengandungi data akaun kewangan dalam kuantiti yang besar, dan maklumat pengenalan persendirian yang diperolehinya dengan menggodam," kata pejabat pendakwaan.

Ketua Perkhidmatan Perisikan yang berpejabat di sini, Brian Parr berkata, jenayah siber bukan saja memberi kesan kepada infrastruktur kewangan negara, malah juga mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

Selain daripada aktiviti pencerobohan yang dilakukan oleh Mun Poo, Perkhidmatan Perisikan juga mendakwa dia berjaya menggodam masuk sistem kontraktor Pentagon yang mungkin menyebabkan maklumat logistik ketenteraan sensitif terdedah.

Awal minggu ini, Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates memberi amaran bahawa serangan siber mendatangkan ancaman 'besar'. - AFP






haaa...sapa cakap orang malaysia buta IT...elok-elok sikit...bagos-bagos..satu percapaian yang membangga kan..jom jom tepuk tangan....



aku harap lepas nih ada la warga malaysia yang boleh tercalon dalam Top 10 Heckers Terhebat Di Dunia...hekhekhek....



so..kalau ada sapa-sapa yang nak mintak tolong heck kan fb gf/bf anda..boleh la kontek beliau..di talian bebas tol...01G831831098...sekian....


ok..nih je yang aku nak mengarut hari nih...got to goo...toodles~...chaw cin ciee~.....  ^.^

4 comments:

zati-zt said...

wah..
hebat gle..
US kot..??
sempak gle dia dpt hack tu..

CiPoT CeDoT said...

haa...
taw xpa..
tuh la cipot ckp..
org malaysia nih bukan calang2..
malaysia boleh !!!...
(Semangat petrotik tetiba..hekhek)

Ain Atika Zailani said...

dasyatnya orang tu...

CiPoT CeDoT said...

dasyat kan kan kan...

KriTikan PeDas

Grab This