Followers

14 June 2010

haCkers terHebat di Dunia

 

salam semua...aku doa kan korg sihat sejahtera di samping insan tercinta...hukhuk..terasa sedih plak bila ucap kata2 tuh..sbb aku kat kulim nih dok sorg2 je..xdek insan tercinta pon..suma insan tercinta aku dok kat kL..huhuhu...sedih nya...tisu plesss~  T.T

ok, kita sambung topik kita hari nih..hari nih aku nak berkongsi tentang hackers a.k.a penggondam komputer..korg taw x hacker a.k.a pengodam tuh apa??..x taw??..haa meh dekat skit, aku nk bg taw..klu boleh cium skali skrin komputer korg...hacker tuh individu yang mampu tok mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci...

jom kita usha sapakah hacker-hacker yang terhebat kat dunia nih..ayuh~!!!


  ::  Jonathan James ::

James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.

 ::  Adrian Lamo ::

Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.

  :: Kevin Mitnick ::

-Mengkaburi FBI
-Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.
-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems
Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.

Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker. Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.

  :: Kevin Poulsen ::

Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.

  :: Robert Tappan Moris ::

Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!

Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!

  :: Karl Koch ::

Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya *censored*UP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu 1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.

Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.


sooo kepada sesiapa yang hebat komputer tuh boleh la try hacke kerajaan kat Malaysia nih..boleh terkenal oo..hekhek...

::  TaMaT  ::



11 comments:

kaizen shinobi said...

erk? hack kerajaan malaysia? esoknya ditemui dibom ngan C4.. tinggal tulang je ade... ngehahah

CiPoT CeDoT said...

waahahaha...betol gak kan..seram gak..last2 femoz sbb mati kena bom..harhar...

pch said...

dosa tu...


bimbang virus pendrive rakan merebak ke pc anda...bimbang data di curi...pendrive takboleh write...nah FREE: suis USB

CiPoT CeDoT said...

dosa ke???..apa yang dosa??..hum~

fiD said...

uyoooo...

aku nak jadi hackers jugok lah...

CiPoT CeDoT said...

nnt da jd pakar..boleh la kongsi ilmu ngan aku...akhaz..

The Hackeaziq said...

alamak !
tobat lah akuh
aissh tak nak akuh msok penjara !

CiPoT CeDoT said...

wahhh..bro hacker gak ke??..boleh la turun kan ilmu...bia masok penjara..janji femouz..harhar

The Hackeaziq said...

but klau hacker bnyak bnde yg mencbar ,

ilmu pown ilmu lah !,,
famous pown kt penjara jew la
hahahaha

CiPoT CeDoT said...

tp kat malaysia xdek lagi kes hacker kena tangkap...soo boleh x klu nak minx turun ilmu nih..nnt aku baya la pengeras...ayam golek ke, pulut kuning ke...

The Hackeaziq said...

HAHAHHA
HACKER nih mcm2 untung dpt , but klau kantoi gna awek , pergghh tak tau la awek lu ckp ape ,
but awek gua tak ske sgt , gua pown kantoi time skolah dlu

pasal pengeras tuh kne lg keras bru bleyh
hahahahha

KriTikan PeDas

Grab This