Followers

15 June 2010

aLat SuliT LeLaki Di teMui



haa...nih la tajuk e-email yang aku dapat...cerita nya begini....

............................................................................................................................

Sejumlah 251 objek berupa alat sulit lelaki dirampas daripada seorang lelaki di Kilometer 1.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Changlun, di sini, jam 5 petang minggu lalu.

Lelaki tempatan berusia 29 tahun dari Pulau Pinang itu turut ditahan oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).

Komander UPP Kedah, Mohd Noor Idris berkata, anggota unit itu yang menjalankan pemeriksaan pada sekatan jalan raya, menjumpai barangan itu disorokkan di tempat duduk penumpang belakang.

Menurutnya, anggota UPP diketuai Sarjan Abdul Halim Malek yang menjalankan operasi sekatan jalan raya, menahan sebuah pikap lalu menjalankan pemeriksaan.

“Dalam pemeriksaan itu, ditemui 251 unit alatan lucah berupa alat sulit lelaki yang diperbuat daripada kayu dalam pelbagai saiz,” katanya.

Mohd Noor berkata, lelaki itu yang mengakui dirinya pengarah sebuah syarikat di Pulau Pinang memberi alasan, peralatan itu akan digunakan untuk tujuan keagamaan atas permintaan daripada pihak kuil.

“Katanya, syarikatnya diberi tanggungjawab untuk membekalkan peralatan itu kepada kuil berkenaan,” katanya.

Mohd Noor berkata, rampasan barang lucah itu merupakan kes pertama ditangani pihaknya setakat ini.

“Kes ini akan disiasat polis,” katanya.

................................................................................................................
hekhekhek..masa aku dapat alat sulit nih..eh!! alat sulit lak..masa aku dapat e-mail nih..tergelak sinis gak aku..sbb paaa...cuba korg baca elok2..dia kata 251 alat sulit yang di perbuat dari kayu...gila ke hapa??!!..boleh kena selumba ooo...pedih x ingat....harhar....

n lagi sato... dia nak bg stok tuh kat kuil...apa kejadah je kuil nak buat ngan natang tuh...klu nak bg reason pon..bg la reason bijak skit...contoh nya mcm, saja nak buat perhiasan rumah ke..nak kitar semula ke..nih nak bg kat kuil..esh~..x musibah langsong..tp mana la taw kan...kot betol ke...hum~

aku dapat info tambahan...alat2 sulit nih mungkin di gunakan oleh perempuan-perempuan siam untuk ilmu hitam..soo pada anda2 yang kaki perempuan kat siam tuh..berhati-hati la...mungkin korg akan menyangap nak pergi sana selalu...( alaa siam dekat je, apa ke hal..pegi ,balik hari pon xdek hal nya, ye x??)...akhaz...

alang2 da cerita pasal nih kan..aku tertanya-tanya la jugak..asal kedai-kedai menjual barangan lucah kat area KL tuh x kena tutup haa??.... ke dorg da dapat lesen khas...alaa mcm kes judi tuh kan..eh eh..sory2...aku x suka cerita politik2 kat blog nih...sory..(zip mulut)...

::  the End ::






2 comments:

semut lelabah said...

hahah.. siut tapi gambr ngeri.. haha

CiPoT CeDoT said...

haaa bru taw...mau x ngeri..kayu kat celah tuh...perhh~..syahdu kot..akhaz..

KriTikan PeDas

Grab This