Followers

25 June 2010

Adab Memotong Kuku

oleh kerana hari nih hari jumaat..soo aku nak berkongsi la sikit ilmu2 agama..mana la taw, boleh di guna pakai..ilmu perlu dikongsi..bukan ye simpan sorg2..ingt tuh...(perhh~  baik jugak aku nih..akhaz..)

hari nih aku nak berkongsi tentang Adap Memotong Kuku..haa potong kuku pon ada adab-adab dia dalam islam..bukan main potong je, mcm potong kacang panjang...

info nih sesuai la sngt kepada manusia-manusia yang suka bela kuku panjang mengalah kan harimau...korg bela kuku panjang2 tuh untuk ape??..kang nak korek idong..mau x perit...hohoho...

ok, tanpa membuang masa..(ingat, masa itu emas)...jom kita usha reramai info pasal potong kuku nih..ayoh!!!




BAHAGIAN KUKU TANGAN

1. Dimulakan dari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, berikutnya barulah ibu jari tangan seperti rajah di atas.

2. Seterusnya kelingking tangan kiri, jari manis, kemudian jari tengah. Setelah itu jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri, seperti rajah di atas.



BAHAGIAN KUKU KAKI

Dimulakan dari jari kelingking kaki kanan daan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri seperti rajah di atas.



HARI YANG DISUNATKAN MEMOTONG KUKU

Terdapat dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang maksudnya:
“Sesiapa yang memotong kuku pada:

HARI SABTU, mempusakai penyakit ‘akilah’ iaitu yang disebabkan banyak makan.

HARI AHAD, hilang keberkatan.

HARI ISNIN, mempusakai alim fadhil iaitu orang yang berilmu dan mempunyai kelebihan.

HARI SELASA, mempusakai kebinasaan.

HARI RABU, mempusakai perangai yang jahat.

HARI KHAMIS, mempusakai kaya.

HARI JUMAAT, mempusakai ilmu dan lemah lembut.



ANTARA DOA YANG DIANJURKAN

Imam Ja’far as-Shadiq berkata,

“Barang siapa memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari Jumaat dan membaca doa ketika melakukannya, BISMILLAH, WABILLAH, WA ‘ALA MILLATI MUHAMMADIN WA ALI MUHAMMAD, tiada gugur yang dipotong itu melainkan dengan pahala memerdekakan seorang hamba sahaya dan tiada sakit melainkan mati."


ok, nih je yg aku nak kongsi ngan korg...soo jgn lupa..hari nih hari jumaat..potong kuku..cukur misai..klu nak dapat pahala lebih laa...tp klu korg rasa pahala korg da cukup untuk hantar korg ke syurga..x payah la buat...hoho...


::  TaMaT ::

2 comments:

nabilah_2908 said...

n3 kita sama....huhu...(^_^)


jom ke APA KATA HATI pulak,
MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH

CiPoT CeDoT said...

nabilah:
owh ye ker..
kita serupa...
ada jodoh nih..
wakakakaka...

KriTikan PeDas

Grab This