Followers

30 December 2011

Hukum Gugurkan Kandungan ?






Salam




Gua tak nak bercerita pasal kandungan yang dikendong oleh ibu haram yang dok berzina bawah tangga atau dalam kereta dengan kekasih hati haram beliau...sebab lu sendiri tahu tinggi mana dosa kalau berzina bukan?..yee..gua paham...memang sedap kalau beromen bawah pokok kelapa sawit dengan kekasih hati...tapi kalau menyangap sangat...pergi nikah !...boleh beromen secara halal...kan !






Di pagi hari yang akan sejuk dengan bersuhu aircond 25 darjah C...gua bercadang nak berkongsi pendapat dengan lu orang tentang hukum menggugurkan kandungan yang HALAL...maksud gua..lu berkawin secara sah..dan lu beromen dgn orang rumah lu...pastuh ada masalah dengan kandungan..dan sekarang lu nak gugurkan kandungan tuh..boleh atau tidak ?  (persoalan)



Sepakat ulama' mengatakan Haram mengugurkan kandungan yang lebih 4 bulan tanpa alasan 'darurat'..kerana bayi dalam kandungan tersebut telah ditiupkan ruh...



Kiranya..kalau anak dalam perot lu atau perot orang rumah lu tuh lebih 4 bulan...dan lu saja-saja nak gugurkan sebab lu tak sanggup nak jaga ada yang ke tigapuluhsatu tersebut...itu di kira HARAM....tapi !...macam mana pulak kalau anak dalam kandungan tuh KURANG dari 4 bulan...mungkin duabulantigapuluhsatuhariempatpuluhlapansaat.











Ada ulama' yang mengatakan HARUS hukumnya jika kurang 4 bulan sebab bayi tersebut belum bernyawa (tiada ruh)....tapi bukan main saja-saja boleh gugurkan kandungan tersebut...kandungan hanya boleh digugurkan jika :

  • memudaratkan si isteri
  • putus susu kepada anak yang sedia ada dan suami tidak mampu mengupah orang untuk susukan anaknya
  • mendapat persetujuan suami isteri
  • penguguran tidak membahayakan nyawa si ibu
  • dan lain-lain ... teehee~


Ada ulama' yang mengatakan MAKRUH hukumnya. dan ada juga ulama' yang mengatakan perbuatan tersebut HARAM secara mutlak kerana persenyawaan telah berlaku..dan kandungan tersebut masih hidup..




Imam al-Ghazali mengatakan ia adalah satu benda jenayah keatas benda wujud yang akan terjadi.



Ibnu Jauzi pula mengatakan, perbuatan tersebut tetap dikira berdosa walaupun tidaklah sama dengan mengugurkan janin ketika umur janin lebih 4 bulan (di tiupkan ruh)



Okey...sekarang macam mana pulak kalau korang nak gugurkan kandungan sebab korang miskin / daif / tak berkemampunan / kais pagi makan pagi kais petang belum tentu makan  ?



Dah tahu yang awak tuh miskin..susah..nak jaga anak sorang dua pun tak cukup duit...makan hari-hari pun dok bercatu...tak yah la nak beromen kerap sangat..sebelum nak beromen tuh..tengok dulu ekonomi rumah tangga...nih anak sampai 20 - 30 orang...tapi gaji sebulan 200-300 Ringgit Malaysia je..Lu orang ingat cukup ?! ...lu orang ingat makanan bayi murah macam dedak ayam ?!



TAPI, kalau lu miskin..dan lu dapat kandungan yang ke sebelas...and lu nak gugurkan kan..okey, gua tak dapat jawapan untuk soalan tersebut...tapi gua ada 2 baris firman Allah tentang masalah tersebut..


' Janganlah kamu membunuh anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka ' (QS al-An'am 151)



' Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan besar ' (QS al-Isra' 31)





 
Okey, sekarang gua akan share dengan lu orang semua HUKUM mengugurkan bayi dalam kandungan mengikut keadaan-keadaan yang tertentu


1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.

 

okey..takat nih je la yang gua dapat kongsi dengan lu orang semua...walaupun kandungannya sikit...tapi gua harap ilmu yang sikit nih dapat memberi jawapan kepada persoalan dalam kepala hotak lu orang..



akhir kata dari gua... ' kalau tak nak anak, guna komdom, apa susah ?! '



p.s: Gua bersyukur diterberanakkan oleh mak bapak gua...

No comments:

KriTikan PeDas

Grab This