Followers

06 June 2011

Isteri = Pelacur Halal





Perh...gambar tak boleh nak hardcore lagi...akhaz...by the way, Hello guys !!!!
bapak lama aku tak mengarang kan...okey...untuk melepaskan rindu korang kat blog aku nih..aku nak saji kan post yang sedikit lucah...boleh??




KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.



Source: Bharian.com.my



sekarang pun musim mengawan kan...i mean...sekarang kan musim cuti sekolah...belambak orang kawin..sini kawin...sana kawin..dah macam musim kawin berjemaah pulak...soo kalau dah musim kawin..secara otomatik, musim Malam Pertama pun terjadi...kalau dah nama pun Malam Pertama..tak kan main nyorok-nyorok pulak kan..mesti la ada adegan ehem-ehem...


so, apa kata bakal-bakal bini kat luar sana  join club nih...lelaki sekarang demand dia tinggi...walaupun saiz kecik tak macam abang negro...tapi qualiti kitorang terjamin...soo bakal-bakal bini sekelian...boleh lah belajar cara-cara yang dapat menaikkan inzal bakal suami korang ke tahap yang maxsimum...baru raso!!...


the end....




p/s: awat sekarang aku makin malas nak mengarang blog??...

p/s: arrghhh...lantak..janji karang udah la, ye dok..blog aku..bukan blog makcik ko...kan kan??..akhaz...



4 comments:

Emma Zaraa said...

aku rse aku perlu join kelab ni..hehe..

CiPoT CeDoT said...

nnt aku tolong daftar kan..n if bf ko x kuat di ranjang..dia boleh join gak..hekhekjhekhek...

shaerin syazwan said...

seram aku bace post nieh ! -.-"

CiPoT CeDoT said...

seram napa pulak???

KriTikan PeDas

Grab This